gravatar

**PENTING** Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia

Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia

Merujuk kepada perkara di atas an persoalan berbangkit.


WorldWellness Network sentiasa memastikan bahawa produk keluaran WorldWellness melalui pemeriksaan dan mendapat kelulusan yang sepatutnya dari badan-badan berkaitan.


Bagi Kementerian Kesihatan Malaysia, proses bermula dengan pendaftaran produk berserta kandungan (termasuk kuantiti yang digunakan) dalam bentuk borang untuk penilaian pihak KKM. Menerusi senarai kandungan, komposisi dan kuantiti, penganalisa KKM akan mengkategorikan produk tersebut sama ada sebagai makanan, atau kategori-kategori lain (contoh: ubat, ramuan tradisional).


Penilaian dilakukan bukan sahaja berdasarkan formula dan isi kandungan tetapi juga kuantiti dan peratusan yang digunakan. Sebagai contoh, walaupun RxLite mengandungi L-Carnitine, tetapi kuantitinya belum mencukupi untuk RxLite dikategorikan sebagai ubat. Setelah dua minggu, pihak KKM akan mengeluarkan surat menyatakan kategori produk tersebut.

Bagi RxLite, KKM telah memaklumkan bahawa berdasarkan kandungan dan peratusan kandungan, RxLite dikategorikan sebagai makanan dan tidak perlu melalui langkah seterusnya yakni pendaftaran untuk kelulusan dan sebagainya.


Diharap agar penjelasan ini dapat menjawab persoalan anda dan tiada lagi persoalan berbangkit mengenai isu ini.


Sekian, terima kasih.


Najmie Noordin

Pengarah Eksekutif
WorldWellness Network Sdn. Bhd.


:)

gravatar

Try This At Home

Baru2 ni saya try mix rxlite dgn susu low fat HL...peerghhh...sedap giler.!! itu saja yang boleh saya katakan.


Saya bancuh lebih kurang 1/2 cawan susu low fat HL . Anda boleh ikut citarasa masing2.


Lepas ni saya nk cuba blend dengan pisang pulak...mcm mana ek?...jeng..jeng...jeng...apa kata anda cuba jugak?

      




See U Soon!

gravatar

Penting! Perkara yang menggagalkan diet anda.

 Penting!~~Perkara yang menggagalkan diet anda.

Mungkin sebahagian dari anda  pernah kecewa kerana berbagai usaha diet yang anda cuba selalu gagal. Padahal ada beberapa kebiasaan buruk yang secara tidak sedar mungkin telah anda lakukan, yang boleh menggagalkan diet anda.

1. Tidak Sarapan
Anda salah bila anggapan bahwa untuk menurunkan berat badan, makanan harus dikurangi drastik sehingga mengabaikan sarapan.Makanlah sarapan yang bernutrisi tinggi namun rendah lemak, seperti gandum, yoghurt rendah lemak, atau roti.

2. Makan Sebelum Tidur
Anda harus tetap makan malam dengan jadual teratur, dan jangan makan lagi sebelum tidur. Bila ingin makan, makanlah buah-buahan saja.
--> Tips buat Anda, setelah makan malam segera berus gigi.

3. Kurang Minum Air Putih

Banyak orang mempunyai kebiasaan buruk minum air kurang dari 8 gelas sehari..Apabila Anda sedang diet, tips ini lebih penting lagi untuk anda perhatikan. Sebaiknya Anda minum sekitar 3 liter air per hari, atau kira-kira segelas air setiap setengah jam. Memang menyusahkan kalau sering ke belakang untuk buang air, tapi lebih susah lagi kalau anda menyiksa tubuh anda dan tidak mendapatkan hasil apa-apa.

4. Kurang Makan Buah-Buahan
Buah-buahan sangat penting sebagai sumber nutrisi dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Banyak buah mengandung serat yang bermanfaat bagi tubuh dan berguna untuk melancarkan pencernaan dan berbagai manfaat lainnya. Bila Anda kurang suka dengan rasa buah tertentu, boleh di ubah lebih menarik misalnya dengan dibuat jus ataupun dalam bentuk yoghurt cocktail.

5. Kurang Pengambilan Sayur-sayuran

Demi diri dan kesihatan anda sendiri, perbanyak konsumsi sayur-sayuran. Selain mengandung fiber, sayuran juga memberi penyerapan protein yang baik bagi tubuh. Anda yang "anti" sayuran juga boleh mengubah cara pengambilan lain yg lebih menarik misalnya berupa salad atau jus sayuran.

ADAKAH ANDA BEGITU??

gravatar

MEMPERKENALKAN....!!



RxLite merupakan produk pelangsingan inovasi terbaru formulasi doktor perubatan & 'Cancer Survivor' yang tersohor di Malaysia iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Beliau yang merupakan seorang pakar diet & pemakanan yang terunggul suatu ketika dahulu merupakan seorang pelatih kepada atlit-atlit tanah air dan merupakan bekas Pengarah Perubatan Majlis Sukan Negara. Beliau lebih dikenali dengan penggilan 'Doktor Sukan'. Beliau-lah yang memberi panduan diet & teknik bersenam yang betul kepada atlit2 kebangsaan yang terkemuka seperti Misbun, Razif & Jailani Sidek, Nurulhuda Abdullah dan ramai lagi atlit2 negara. Malah anak beliau pun kadang-kadang berkesempatan berlatih dengan atlit-atlit ini.

Program pelangsingan beliau iaitu 'Slim For Life' merupakan suatu program yang terkenal dan diikuti oleh pelbagai institusi kerajaan, firma-firma dan badan-badan tertentu. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program 'Mari Bersenam' di TV1 setiap pagi jam 7.30am sekitar tahun 80an dahulu.

Kini, dengan kepakaran yang ada, beliau telah mencipta formulasi Rx-Lite untuk setiap orang yang bercita-cita untuk mendapatkan berat badan & bentuk tubuh yang ideal dengan cara yang menyihatkan. Ia mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan berlebihan. 

KENAPA RXLITE? 
 

Soalan-soalan lazim: 

1. Bagaimana rasanya?
Tidak seperti minuman pelangsingan yang lain, RxLite mempunyai rasa koko semulajadi dan tanpa pengawet. Kalau hendak dibuat perbandingan, rasa dan teksturnya tidak ubah seperti Milo kurang manis.

2. Bagaimana cara penyediaannya?
RxLite datang dalam bentuk sachet pracampur, jadi anda hanya perlu bancuh ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk (jika sejuk, gunakan RxLite Shaker yang datang percuma dengan setiap pembelian Pakej Copycat RxLite).RxLite juga boleh dibancuh bersama susu, soya malah boleh dibuat "shake" buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan.

3. Bagaimana ia berfungsi?
RxLite mengandungi bahan-bahan utama iaitu Carcinoga Gambogia, L-Carnitine - dua bahan yang telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. Bahan Carcina Gambodia ini sebenarnya lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Asam Keping yang digunakan sebagai perisa masakan. Bahan utama lain pula ialah L-Carnitine yang merupakan sejenis zat yang membantu menukarkan lemak kepada tenaga. Carnitine sebenarnya dihasilkan oleh tubuh kita di Hati & Ginjal dan disimpan di otot tulang, jantung, otak & sperma. Sesetengah orang boleh kekurangan Carnitine kerana tubuh mereka tidak menghasilkan cukup Carnitine atau pemindahan ke tisu-tisu supaya boleh digunakan. Sesetengah penyakit atau medikasi juga boleh menyebabkan kita kekurangan Carnitine ini. Carnitine juga bertindak sebagai anti-Oksidan. Secara semulajadinya, ia terdapat di dalam buah Avocado, susu ibu, produk-produk tenusu, daging Merah (terutama Kambing & Lembu) serta Tempe (kacang Soya yang diperap). Kekurangan L-Carnitine boleh menyebabkan Keletihan, Kekejangan Otot atau Penurunan kadar Gula dalam darah. Selalunya para atlit yang pergi bercuti ke luar negara 'makan angin' untuk beberapa hari atau minggu setelah menang perlawanan, badan mereka akan mudah 'naik' jika mereka tidak ikut rutin rejim senaman dan latihan seperti biasa. Apa yang akan Dr. Sukan seperti Dr. Noordin Darus 'prescribe' untuk mereka ialah L-Carnitine. Ia membolehkan mereka mengurangkan kandungan lemak dalam tubuh mereka dengan kadar cepat sebelum bersedia untuk acara sukan atau perlawanan yang akan datang. Inilah uniknya Rx-Lite. Ia dihasilkan oleh profesional yang menjaga orang-orang profesional (atlit-atlit kebangsaan) Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh. Dengan mengambil Rx-Lite sebelum sarapan & makan tengah hari, ia akan memberikan anda tenaga extra serta rasa kenyang yang asli. 2 bahan utama tadi akan mula bertindak membakar lemak berlebihan dari badan anda dan anda akan rasa badan lebih ringan tanpa ada kesan sampingan yang merbahaya. Sebaliknya anda rasa bertenaga dan sihat. Namun pun begitu, Dr. Noordin menyarankan agar kita mengurangkan 'portion' pengambilan karbohidrat seperti nasi semasa mengamalkan Rx-Lite. Sebaliknya, menambahkan 'portion' lauk-pauk kita termasuk sayur & buah-buahan. Anda akan dapat rasakan perbezaannya serta berpeluang mendapat berat badan yang ideal.

4. Berapakah sukatan yang diperlukan?
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, adalah dinasihatkan anda mengambil minima 2x sehari dan maksima 3x sehari. Gantikan sarapan, makan tengah hari dan minum petang anda dengan RxLite. Jika tidak tahan lapar, minum sebotol air bersih dan menyihatkan ambil buah-buahan.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil RxLite?

RxLite tidak sesuai bagi:
1. kanak-kanak di bawah 12 tahun,
2. ibu mengandung,
3. mereka yang mempunyai sejarah sawan
4. mereka yang mempunyai masalah jantung yang kronik
5. Ibu yang menyusu tidak digalakkan mengambil RxLite walaupun kandungan L-Carnitine tidak banyak sehingga memudaratkan. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap penapisan yang berbeza-beza. Bagi kebanyakan ibu menyusu, kandungan kimia tidak akan sampai ke susunya, tetapi terdapat kes-kes di mana badan ibu gagal menapis dan mudah menyerap ke dalam susu.

gravatar

Info Product

RxLite adalah minuman pracampuran fiber koko yang membantu membakar lemak dan mengurangkan selera makan.


Rasanya yang enak, cara penyediaannya yang mudah, dan kesan yang cukup efektif membuatkan RxLite produk pelangsingan terhangat di pasaran.


Apakah halangan paling utama dalam mengikuti program pelangsingan produk lain???


Kajian menunjukkan bahawa RASA dan KESAN SAMPINGAN merupakan 2 perkara paling menghalang pengguna mengikuti produk lain.


RxLite unik kerana keenakan semulajadi daripada koko dan glucose oligosaccharides.


RxLite mengandungi bahan-bahan utama iaitu Carcinoga Cambogia, L-Carnitine - dua bahan yang telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. Selain itu, ia diproses dengan medium Rx-Water yang menjadikannya berAura.


 


 

Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh. Dengan mengambil Rx-Lite sebelum sarapan & makan tengah hari, ia akan memberikan anda tenaga extra serta rasa kenyang yang asli. 2 bahan utama tadi akan mula bertindak membakar lemak berlebihan dari badan anda dan anda akan rasa badan lebih ringan tanpa ada kesan sampingan yang merbahaya. Sebaliknya anda rasa bertenaga dan sihat. Namun pun begitu, Dr. Noordin menyarankan agar kita mengurangkan 'portion' pengambilan karbohidrat seperti nasi semasa mengamalkan Rx-Lite. Sebaliknya, menambahkan 'portion' lauk-pauk kita termasuk sayur & buah-buahan. Anda akan dapat rasakan perbezaannya serta berpeluang mendapat berat badan yang ideal.



gravatar

Harga dan Promosi


Harga percubaan: 10 sachet : RM50.00 


Harga sekotak 30 sachet  : RM138.00

Harga promosi keahlian RM248 (WM) RM258 (EM)
(tidak termasuk kos penghantaran)




gravatar

Order Sekarang


UNTUK YANG BERMINAT JADI AHLI, SILA YM/EMAIL SAYA BILA-BILA MASA SHJ.



  


Pembayaran melalui Maybank : 1645 3905 0201 (Shahin Azzam bt Shah Bagar)


Harga :


1 kotak - RM138.00 (30 sachet)

Harga Promosi Keahlian (2 kotak + 1 shaker)
RM248.00 (WM), RM258.00 (EM)
tidak termasuk penghantaran. Untuk kos penghantaran, sila contact saya.




Sebarang pertanyaan boleh contact saya bila-bila:

YM/email : slumber_jek@yahoo.com
Call/SMS: 019-9601568



gravatar

Program Terapi RxLite


gravatar

Bahaya Gula

 

 

Sumber : Harian Metro
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

BERITA kenaikan harga gula selepas sambutan Tahun Baru Cina ini pasti meresahkan ramai pengguna. Mana tidaknya, dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan ini, harga barang keperluan harian pula meningkat.

Memang ia berita yang kurang sedap didengar tetapi jika difikirkan semula, mungkin ini boleh dijadikan titik tolak untuk memperbaiki tahap kesihatan.

Sebenarnya semua orang, tidak kira kanak-kanak, remaja atau orang dewasa, tidak memerlukan gula. Gula hanya perisa yang mengandungi kalori tetapi tiada khasiat.

Ia digunakan hanya untuk menaikkan rasa makanan dan sebagai mana yang kita tahu, makanan manis memang lebih mudah diterima, terutama di kalangan kanak-kanak.

Manis dan masin adalah rasa yang dipelajari sejak kanak-kanak. Berbanding rasa masin garam, kemanisan gula lebih memikat selera.

Ini sebabnya ada ibu bapa memasukkan gula dalam makanan anak untuk menggalakkan mereka makan. Namun kesilapan kecil ini merangsang cita rasa anak terhadap makanan manis dan ia biasanya berlanjutan hingga dewasa.

Kajian Kementerian Kesihatan mendapati, rakyat negara kita mengambil kira-kira 125 gram sehari atau 875 gram seminggu; lebih dua kali ganda daripada had disaran iaitu hanya 50 gram atau tidak melebihi 10 camca teh.

Bukan rakyat Malaysia saja yang mengambil banyak gula, malah ia juga berlaku pada masyarakat Barat, termasuk Amerika Syarikat. Akhbar melaporkan, secara purata rakyat Amerika mengambil antara 900 hingga 1,350 gram gula seminggu!

Namun ini bukan perkara yang perlu dicontohi atau dijadikan saingan kerana banyak kajian menunjukkan pengambilan gula berlebihan hanya memudaratkan kesihatan. Malah, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, menyarankan pengguna mengurangkan meminum minuman ringan yang dihasil menggunakan gula fruktosa yang mengandungi lebih 50 peratus gula sukrosa.

Katanya, penyelidik mendapati tindakan fruktosa dalam badan berbeza daripada gula jenis lain kerana ia dimetabolismakan dengan cara yang boleh menyebabkan pertambahan berat badan kerana ia tidak menghalang tindakan ghrelin iaitu hormon rasa lapar.

Maknanya, fruktosa meningkatkan kecenderungan kita untuk makan dan makan berlebihan itu adalah penyumbang utama kenaikan berat badan.

Gula sebenarnya adalah karbohidrat. Sumber penting tenaga. Nasi, bihun, mi, pasta, roti, sayuran berubi dan buah-buahan adalah makanan yang kaya karbohidrat. Jadi kita tidak perlu risau jika tidak mengambil gula kerana semua makanan yang diambil memang mengandungi gula karbohidrat, sama ada dalam bentuk semula jadi atau diproses. Karbohidrat juga ditukar ke bentuk gula ringkas dulu sebelum ia boleh digunakan sebagai tenaga.

Biasanya apabila bercakap mengenai gula, kita merujuk kepada gula sukros daripada tebu atau beet. Antara bentuk gula yang ada di pasaran ialah gula bertapis seperti sukrosa (gula pasir atau halus), dekstrosa (sirap jagung) dan sirap fruktosa (sirap) yang digunakan dalam penghasilan pelbagai makanan seperti roti, bijirin sarapan pagi, mentega kacang, mayonis, sos, kicap dan minuman ringan. Itu belum masuk makanan yang sememangnya manis seperti kek, biskut atau kuih muih.                                                                                   

Malangnya badan kita tidak dapat membezakan antara gula asli atau yang diproses kerana semuanya memberi kesan sama. Secara umumnya semua jenis gula, tidak kira apa jenis dan sumbernya (termasuk daripada karbohidrat) membekalkan tenaga sebanyak empat kalori bagi setiap gram.

Kita semua maklum, setiap tenaga berlebihan disimpan sebagai lemak. Bagi individu yang ada masalah berat badan, cita rasa terhadap makanan manis memburukkan keadaan dan menyukarkan proses menguruskan badan. Malah, ada yang menganggap gula bertapis (yang berwarna putih) sebagai punca kematian kerana di sebalik rasa manisnya, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada sistem imun, berat badan dan kesihatan secara keseluruhan.


Bagaimana gula boleh menjejaskan kesihatan?

- Gula putih menyekat sistem imun. Didapati gula putih boleh mengurangkan hayat dan jumlah sel darah putih yang menjadi ejen utama kepada sistem imun kita untuk menghalang jangkitan atau kemasukan benda asing ke dalam badan. Ada yang mengatakan gula juga membuatkan badan kita bersifat asidik yang menyebabkan kita lebih mudah diserang bakteria dan virus. Malah, gula juga menjadi makanan utama kepada bakteria dan fungus jika berlaku jangkitan.

- Gula putih dikategorikan sebagai makanan tinggi glisemik. Maknanya, ia menyebabkan paras gula darah meningkat cepat dan menjejaskan paras insulin. Maka ia dianggap makanan terlarang, terutama bagi pesakit kencing manis, kerana ia menyukarkan kawalan paras gula darah.

- Gula juga ada kaitan rapat dengan kanser. Walaupun kebanyakan doktor tidak mengenakan pantang larang makanan kepada pesakit kanser yang menerima rawatan, mengawal kandungan gula dalam darah membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit. Kawalan paras gula dalam darah melalui penjagaan makanan, senaman, makanan tambahan dan ubat antara komponen penting dalam rawatan kanser.

- Mengurangkan pengambilan gula dianggap langkah penting untuk membantu menurunkan berat badan. Masalah dihadapi kebanyakan orang ialah mempunyai bekalan tenaga harian berlebihan daripada makanan dan minuman. Walaupun semua orang tahu bersenam itu penting bagi membakar (menggunakan tenaga), masih ada yang liat mengamalkannya. Tenaga yang berlebihan, ditambah pula tenaga daripada gula dalam minuman, turut menyumbang kepada pertambahan berat badan.

- Gula dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi seperti kerap dialami kanak-kanak. Bakteria dalam mulut menggunakan gula ini untuk menjadikan keadaan mulut lebih berasid bagi memecahkan lapisan enamel (lapisan gigi paling luar). Lama kelamaan, gigi akan berlubang. Apabila ini terjadi, banyak masalah lain menyusul, termasuk sakit gigi, jangkitan dan kehilangan gigi.

Tabiat makan yang terlalu kerap juga perlu dihentikan. Ini kerana apabila kita makan (khususnya makanan mengandungi karbohidrat), ia meningkatkan kemungkinan pereputan gigi kerana air liur lebih banyak digunakan untuk menghancurkan makanan, sedangkan air liur penting bagi meneutralkan tahap keasidan mulut.

Dalam kajian lain mendapati, masalah kesihatan gigi boleh menjadi penyumbang langsung kepada masalah jantung. Untuk mengelak masalah kesihatan yang lebih serius, kurangkan pengambilan gula dalam makanan harian.


Langkah untuk mengurangkan pengambilan gula:

- Baca label dan periksa kandungan gula sesuatu produk. Perkataan glukosa, sukrosa, fruktosa, dekstrosa, madu, gula perang dan semua jenis sirap bererti gula.

- Buat catatan, terutama bagi yang suka makanan manis. Catatan ini termasuk minuman manis (kopi, teh atau jus buah ketika sarapan), sajian pencuci mulut (kuih-muih, snek, gula-gula atau kek. Melalui cara ini, anda boleh membuat penilaian berapa banyak makanan manis yang anda ambil dalam masa sehari atau seminggu.

- Amalkan minum air masak setiap kali makan, terutama ketika makan tengah hari atau makan malam. Jika selama ini anda minum minuman manis, kurangkan kemanisan minuman anda. Pastikan anda juga meminta segelas air masak bersama minuman manis bagi menambah pengambilan air masak.

- Setiap 355 mililiter minuman ringan atau karbonat mengandungi kira-kira 10 camca teh gula. Ini bersamaan dengan saranan pengambilan gula harian daripada makanan dan minuman. Minuman ringan adalah sumber gula tambahan paling utama dalam diet kanak-kanak Amerika Syarikat. Senario ini tidak banyak berbeza dengan keadaan kanak-kanak di negara kita yang dibesarkan dengan pelbagai minuman ringan. Justeru, tidak hairan jika masalah obesiti kanak-kanak di Malaysia turut meningkat.

- Ketika membeli, pilih makanan atau minuman yang mempunyai label ‘kurang manis’.

- Gantikan snek makanan ringan atau sajian pencuci mulut kuih muih kepada buah-buahan.


Jejas kesihatan

- Gula putih menyekat sistem imun
- Gula putih dikategorikan sebagai makanan tinggi glisemik
- Gula juga ada kaitan rapat dengan kanser
- Mengurangkan pengambilan gula dianggap langkah penting untuk membantu menurunkan berat badan
- Gula dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi


Langkah

- Baca label dan periksa kandungan gula sesuatu produk
- Buat catatan, terutama bagi yang suka makanan manis
- Amalkan minum air masak setiap kali makan, terutama ketika makan tengah hari atau makan malam
- Setiap 355 mililiter minuman ringan atau karbonat mengandungi kira-kira 10 camca teh gula
- Ketika membeli, pilih makanan atau minuman yang mempunyai label ‘kurang manis
- Gantikan snek makanan ringan atau sajian pencuci mulut kuih muih kepada buah-buaha

 

gravatar

Walaupun sibuk, makan secara sihat

PADA hari-hari tertentu, anda mungkin terlalu sibuk dengan tugas dan komitmen peribadi hinggakan tidak ada masa untuk berhenti bernafas. Oleh sebab anda cuba melakukan sebanyak yang boleh, maka anda tidak menghiraukan soal makan. Sarapan hanyalah secawan kopi atau teh tarik. Anda tidak sempat makan tengah hari disebabkan oleh jadual yang terlalu padat dan teman makan malam anda hanyalah sebungkus kentang goreng yang ditelan dengan gopoh-gapah di pejabat
.
Jika anda sering menghadapi hari-hari begini, bermakna anda tidak dapat mengamalkan tabiat makan yang sihat. Usah bimbang. Ikuti petua mudah berikut untuk mencari masa makan dan mengetahui apa yang patut dimakan bagi mendapatkan nutrien dan tenaga secukupnya bagi membolehkan anda sentiasa cerdas dan dapat memberi tumpuan sepanjang hari.

Cergaskan hari anda dengan sarapan

Sarapan bukan sahaja penting untuk mencergaskan permulaan hari anda dan memberi tenaga yang cukup untuk kekal aktif sepanjang hari, tetapi juga telah terbukti secara saintifik dapat membaiki daya tumpuan, kecerdasan dan fungsi ingatan. Untuk meningkatkan metabolisme anda, amalkan diet yang seimbang dengan mengambil makanan karbohidrat kompleks seperti bijirin penuh dan makanan berprotein tinggi seperti susu dan keju. Kurangkan makanan berlemak seperti roti canai dan nasi lemak kerana makanan seperti ini boleh membuat anda berasa kembung dan lesu.

Jika anda selalu tidak mengambil sarapan dan menggantikannya dengan makan tengah hari yang berat, berikut adalah beberapa cara meluangkan masa untuk mengambil sarapan yang sihat di rumah:

- Cuba bangun awal supaya ada masa untuk makan dan menikmati sarapan.

- Siapkan sarapan pada malam sebelumnya jika anda rasa esoknya adalah hari yang terlalu sibuk dan akan kesuntukan masa.


Oh… Saya Terlambat Bangun Lagi!

Jika anda benar-benar tidak ada masa untuk menikmati sarapan yang sihat di rumah disebabkan terpaksa keluar awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau jika terlambat bangun, cuba petua berikut:

- Sediakan makanan seperti buah-buahan, roti/bun, keju atau telur rebus yang senang dicapai dan dimakan sambil berjalan. Untuk pemakanan yang lebih lengkap, cuba makan bijirin sambil minum susu.

- Beli makanan seperti pau kacang, kuih apam atau putu mayam dalam perjalanan ke tempat kerja.

- Simpan makanan di tempat kerja anda. Biskut tawar, buah-buahan kering, kacang atau energy bar adalah pilihan yang berkhasiat dan lazat.


Tambah tenaga dan pulih kecergasan dengan makan tengah hari

Menjelang waktu makan tengah hari, badan anda sudah menggunakan kebanyakan daripada nutrien dan tenaga daripada sarapan. Jadi, makan tengah hari memberi anda peluang menambah tenaga dan kecerdasan serta meningkatkan prestasi.

Petua berikut dapat membantu anda merasa segar semula dan bersedia untuk meneruskan kerja hingga ke petang!

- Elakkan makan sambil kerja, kerana anda mungkin makan lebih daripada yang diperlukan. Cuba makan pada waktu yang dikhaskan untuk makan tengah hari.

- Sentiasa pilih sajian ringan yang sihat dan jangan terlebih makan; berhenti bila rasa kenyang. Jika terlebih makan, anda akan berasa kembung dan mengantuk.

- Jika makan di luar dan memesan nasi campur atau mi, jangan lupa untuk tambah ikan atau daging tanpa lemak dan sayuran untuk memastikan pengambilan makanan yang lengkap dan seimbang. Makan sepotong buah-buahan sebagai pencuci mulut.

- Jika makan di pejabat dan hanya terdapat mi segera, cuba tambah sedikit sayuran atau telur. Untuk menambahkan khasiat, makan buah-buahan atau minum segelas jus buah- buahan 100 peratus atau minuman kacang soya/susu. Untuk menambah kalsium, tambah keju ke dalam sandwic atau roti bun.


Makan dalam perjalanan

Jika terpaksa ke mana-mana pada waktu makan tengah hari dan tidak ada masa untuk makan, jangan bimbang. Simpan snek di tempat kerja yang boleh dicapai dan dibawa bersama. Pilihan makanan dan snek yang sihat termasuk buah-buahan segar atau kering, bijirin serat tinggi, biskut tawar serat tinggi dan biskut (tanpa krim), sandwic roti gandum penuh, kacang dan yogurt. Jangan lupa bawa sebotol air minuman untuk mengekalkan penghidratan!


Akhirkan hari dengan makan malam yang dimasak di rumah

Selepas sibuk seharian, anda tentu rasa seronok bila dapat duduk makan dengan selesa di rumah kerana sajian makan malam memberi peluang kepada anda untuk memenuhi keperluan pemakanan harian. Tetapi apa yang boleh anda lakukan jika anda masih sibuk hingga ke malam? Anda boleh makan di luar atau beli makanan bungkus.

Namun, jika anda lebih suka makan malam yang dimasak di rumah, berikut adalah beberapa cara yang membolehkan anda mendapat apa yang anda ingini:

- Simpan nasi atau pasta sebagai makanan asas untuk penyedian sajian yang cepat. Jika anda mempunyai ramuan yang betul, anda boleh mencipta resipi anda sendiri untuk sajian yang berkhasiat!

- Bersihkan sayuran dan simpan dalam peti sejuk supaya ia sedia untuk dimasak. Atau jika anda benar-benar kesuntukan masa, anda boleh makan sayuran mentah seperti lobak merah dan saderi.

- Potong ikan, ayam dan daging dan bekukan dalam paket berasingan. Pindahkan ke dalam peti sejuk untuk dinyahbeku sebelum anda keluar bekerja.

- Aturkan penghantaran makanan ke rumah. Ia menjimatkan masa memasak dan amat baik jika anda tidak berminat ke dapur atau tidak pandai memasak! Pesan makanan daripada orang yang anda kenali dan percaya. Jangan takut untuk meminta makanan disediakan secara segar.

Seperkara penting yang mesti diingati ialah jangan sama sekali mengabaikan waktu makan. Anda mungkin sibuk, tetapi jangan jadikan ini sebagai alasan untuk tidak makan. Bila anda tidak makan, anda kekurangan nutrien dan tenaga yang diperlukan untuk melakukan tugas anda dengan berkesan. Jika anda tidak mengambil makanan yang berkhasiat secara tetap, anda tidak akan mempunyai tenaga untuk bekerja, belajar atau melakukan apa sahaja!

OLEH Prof. Madya Dr. Zaitun Yassin
(Persatuan Pemakanan Malaysia)
sumber: utusan malaysia 04 Mei 2008

gravatar

Tips untuk mengurangkan keinginan makan bagi mereka yang obesiti:

Tips untuk mengurangkan keinginan makan bagi mereka yang obesiti:

a) Makan secara perlahan untuk setiap kunyahan

b) Guna pinggan atau mangkuk yang lebih kecil

c) Mulakan dengan kuantiti yang kecil semasa makan

d) Makan makanan yang lebih tinggi kandungan air dan minum air dahulu sebelum makan (sup sayur, buah-buahan, air kosong)

e) Makan di tempat tertentu sahaja (elakkan di depan tv @ semasa bekerja)

f) Makan pada masa yang tetap

g) Tidak meninggalkan sarapan kerana ini akan menyebabkan pengambilan makanan yang lebih banyak pada masa tengahari

h) Amalkan snek sihat seperti buah-buahan

i) Kurangkan kekerapan makan di luar dan hadkan duit yang dibawa ketika keluar

j) Atasi tekanan/masalah dengan sebaiknya.

Oleh itu, makanlah dengan sihat untuk menikmati hidup yang lebih berkualiti. Bukankah kita tahu mencegah adalah lebih baik daripada merawat! Adakah kita dalam proses mencegah diri daripada segala penyakit kronik dan masalah kesihatan lain? Jika belum, marilah kita mengamalkan pemakanan sihat dan meningkatkan aktiviti fizikal untuk kebahagian diri dan orang sekeliling.

Kita sihat, masyarakat sihat, pasti semua boleh berkerja dan menjalani hidup yang berkualiti. Mari kita mensyukuri nikmat kesihatan yang diberkan oleh Allah s.w.t, mari kita bersama menjaga nikmat kesihatan ini

gravatar

9 Tips Mengekalkan Berat Badan

 9 Tips Mengekalkan Berat Badan


1. Anda digalakkan menimbang berat badan seminggu sekali dan dijadikan alat penimbang berat badan sebagai koleksi peribadi. Cara ini membuatkan anda sentiasa beringat tentang berat badan anda . 

2. Jadualkan masa makan anda dengan teratur 3 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Jangan menunggu anda betul-betul lapar untuk menjamah makanan kerana cara ini salah. Ini kerana apabila perut anda lapar, sudah tentu anda akan memakan dalam kuantiti yang banyak tanpa menghiraukan diet anda.

3. Elakkan makan malam atau makanan lain selepas jam 8 malam. Ini adalah kerana proses penghadaman anda akan ‘berehat seketika’ sehinggalah keesokan hari untuk ‘bekerja’ semula. Seeloknya biasakan diri anda makan malam pada jam 6 atau 7 petang. Sekiranya anda lapar, jangan sesekali mengambil makanan berat atau ringan, namun digalakkan memakan buah-buahan seberapa banyak yang anda suka.

4. Sikap suka mengunyah makanan ringan di depan televisyen juga tidak sepatutnya menjadi amalan anda kerana ia boleh menyebabkan kegemukan. Ini kerana ada tidak dapat mengagak jumlah makanan yang telah dimakan dan kebanyakkan makanan ringan mengandungi monosodium glutamate MSG seperti Ajinomoto, cheese, nitrat, coklat dan kekacang yang tinggi nilai lemaknya. Sikap ini tidak seharusnya menjadi amalan kerana ini adalah punca utama kepada masalah obesiti.

5. Kunyahlah makanan secara perlahan-lahan dan jangan terlalu gelojoh di depan hidangan. Dengan cara ini ia memudahkan proses penghadaman dan juga mempercepatkan rasa kenyang. Sekiranya makan dengan cepat atau dalam keadaan tergesa-gesa, anda bukan sahaja boleh menyebabkan anda tercekik, malahan anda akan makan dalam kuantiti yang banyak.

6. Makanlah secukupnya sekadar untuk mengalas perut dan jangan terlalu mengikut selera anda. Dalam masa-masa tertentu, selera atau nafsu makan seseorang akan berada di tahap kemuncak iaitu ingin makan apa sahaja sehingga kekenyangan.

7. Elakkan juga mengambil makanan yang mengandungi lemak dan kalori yang tinggi seperti coklat, kekacang, daging, makanan ringan, makanan segera dan sebagainya.

8. Sekiranya anda mendapat jemputan menghadiri sebarang majlis, anda digalakkan makan sedikit untuk mengisi perut. Ini adalah kerana mengelakkan anda makan dengan banyak.

9. Selain mementingkan soal pengambilan makanan, anda juga disarankan melakukan aktiviti sukan atau aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh seperti jogging, berjalan, berenang dan sebagainya. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengekalkan bentuk badan idaman anda, malah dapat mengisi masa lapang anda daripada terbuang begitu saja.

Selamat mencuba..  :)

gravatar

Testimoni-Testimoni


 

 

gravatar

5 Tip untuk kempiskan perut dengan berkesan

5 Tip untuk kempiskan perut dengan berkesan

Bagaimana nak membuang lemak di bahagian perut? Ini menjadi topic yang selalu menjadi bualan. Baca tip-tip bawah ini untuk membuang lemak yang tidak dikehendaki dan nampakkan otot di bahagian perut anda.

1) Makan makanan yang betul .Untuk mengempiskan perut kita perlu makan makanan yang seimbang didalam makanan harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, “lean protein” , ikan dan teh hijau.

2) Tinggalkan makanan ringan atau fast food. Makan makanan ringan dan makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Kita sepatutnya menggelakkan mengambil karbohidrat yang diprocess, gula, makan goreng("deep fried food" ), makanan segera dan ape jua makanan berlemak.

3) Berhenti makan lewat malam. Kebanyakkan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.

4) Kurangkan minum soda, jus atau minuman bergula. Soda, Jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral.

5) Latihan kardio dan berat. Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging, berjalan. Dan menaiki tangga.

Harap dengan tip-tip yang diberi dapat membantu anda dalam usaha anda mendapatkan bentuk badan yang di ingini untuk menurunkan berat badan dengan cepat.

gravatar

OBESITI/KEGEMUKAN...adakah anda???



Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.


Siapakah yang tergolong dalam obesiti?

Orang yang mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal, melebihi 45 kilogram berat badan sepatutnya, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI), Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.


Bagaimana obesiti bermula?

Obesiti bermula daripada pengambilan tenaga (dari sumber makanan) melebihi keperluan tubuh individu tersebut dalam tempoh masa tertentu, diiringi dengan kurang aktiviti fizikal.


Namun terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada gejala obesiti, iaitu:

a) Genetik – Anak-anak berisiko untuk obes sekiranya ibu bapa mereka begitu.
b) Diet tidak seimbang (tinggi lemak dan gula)
c) Makan secara berlebihan
d) Gaya hidup kurang aktif (kurang atau tiada aktiviti fizikal)
e) Tekanan emosi (menyumbang kepada makan berlebihan)
f) Ubat-ubatan (bergantung kepada kesan sampingan sesetengah ubat, tidak semua jenis ubat-ubatan)
 

Makanan dan kesesuaian

Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda. Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.


Apakah berat badan sepatutnya?

Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itu, tidak semua orang mempunyai ketinggian, bentuk, dan berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan sebagai sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus. Jika anda hendakkan berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlapar sehingga badan berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan makanan tersebut.



Obesiti boleh dicegah dengan: 


a) Mengamalkan pemakanan yang seimbang, sederhana dan pelbagai.Makanlah makanan yang terdiri daripada bijirin (roti, nasi, mee, bihun), buah-buahan, sayur-sayuran, daging/ikan/ayam dan produk tenusu.Makanan yang pelbagai akan menyumbangkan kombinasi nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.Makan mengikut keperluan sahaja (jangan terlebih makan dan berhenti sebelum kenyang).Kurangkan makanan tinggi lemak (bergoreng, bersantan, digalakkan susu rendah lemak).Kurangkan makanan tinggi gula (air manis, kuih-muih, air tin, gula) Apabila kita tahu cara pemakanan yang betul, ini memudahkan kita untuk memasak di rumah atau memilih makanan yang sihat jika makan di luar.

b) Amalkan sarapan pagi setiap hari,untuk memulakan hari yang baik, ceria dan berfikiran cerdas, kita memerlukan tenaga yang mencukupi.Makan makanan yang tinggi serat (fiber), bijirin penuh serta kaya dengan protein (susu) untuk meningkatkan metabolisme kita.Pastikan kita ada waktu untuk bersarapan, ini dapat mengelakkan gejala pengambilan makanan yang berlebihan waktu makan tengah hari kerana lapar.

c) Kekalkan berat badan yang sihat.Ini dapat mencegah risiko untuk mendapat penyakit kronik dan hidup dengan baik. Sebaiknya digalakkan untuk kita membeli penimbang berat dan mengukur berat setiap sekali seminggu atau sekali sebulan untuk mengetahui perkembangan berat badan. Jika diukur setiap hari, ini tidak begitu praktikal kerana pertambahan atau pengurangan berat badan mengmbil masa tertentu untuk berubah.

d) Tingkatkan aktiviti harian. Kita perlu aktif untuk kekalkan fungsi tubuh yang baik, kekal sihat dan ceria.


Apakah Indeks Jisim Badan?

Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.



Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):



Risiko kesihatan
Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:

Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
Strok (angin ahmar)
Tekanan darah tinggi
Batu hempedu
Diabetes (kencing manis)
Paras kolestrol darah yang tinggi
Gout
Sakit di bahagian bawah belakang badan
Sukar bernafas
Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
Gangguan pembuangan air kecil
Penyakit hati
Barah usus



Jom diet bersama RXLITE!!