gravatar

MEMPERKENALKAN....!!



RxLite merupakan produk pelangsingan inovasi terbaru formulasi doktor perubatan & 'Cancer Survivor' yang tersohor di Malaysia iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Beliau yang merupakan seorang pakar diet & pemakanan yang terunggul suatu ketika dahulu merupakan seorang pelatih kepada atlit-atlit tanah air dan merupakan bekas Pengarah Perubatan Majlis Sukan Negara. Beliau lebih dikenali dengan penggilan 'Doktor Sukan'. Beliau-lah yang memberi panduan diet & teknik bersenam yang betul kepada atlit2 kebangsaan yang terkemuka seperti Misbun, Razif & Jailani Sidek, Nurulhuda Abdullah dan ramai lagi atlit2 negara. Malah anak beliau pun kadang-kadang berkesempatan berlatih dengan atlit-atlit ini.

Program pelangsingan beliau iaitu 'Slim For Life' merupakan suatu program yang terkenal dan diikuti oleh pelbagai institusi kerajaan, firma-firma dan badan-badan tertentu. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program 'Mari Bersenam' di TV1 setiap pagi jam 7.30am sekitar tahun 80an dahulu.

Kini, dengan kepakaran yang ada, beliau telah mencipta formulasi Rx-Lite untuk setiap orang yang bercita-cita untuk mendapatkan berat badan & bentuk tubuh yang ideal dengan cara yang menyihatkan. Ia mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan berlebihan. 

KENAPA RXLITE? 
 

Soalan-soalan lazim: 

1. Bagaimana rasanya?
Tidak seperti minuman pelangsingan yang lain, RxLite mempunyai rasa koko semulajadi dan tanpa pengawet. Kalau hendak dibuat perbandingan, rasa dan teksturnya tidak ubah seperti Milo kurang manis.

2. Bagaimana cara penyediaannya?
RxLite datang dalam bentuk sachet pracampur, jadi anda hanya perlu bancuh ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk (jika sejuk, gunakan RxLite Shaker yang datang percuma dengan setiap pembelian Pakej Copycat RxLite).RxLite juga boleh dibancuh bersama susu, soya malah boleh dibuat "shake" buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan.

3. Bagaimana ia berfungsi?
RxLite mengandungi bahan-bahan utama iaitu Carcinoga Gambogia, L-Carnitine - dua bahan yang telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. Bahan Carcina Gambodia ini sebenarnya lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Asam Keping yang digunakan sebagai perisa masakan. Bahan utama lain pula ialah L-Carnitine yang merupakan sejenis zat yang membantu menukarkan lemak kepada tenaga. Carnitine sebenarnya dihasilkan oleh tubuh kita di Hati & Ginjal dan disimpan di otot tulang, jantung, otak & sperma. Sesetengah orang boleh kekurangan Carnitine kerana tubuh mereka tidak menghasilkan cukup Carnitine atau pemindahan ke tisu-tisu supaya boleh digunakan. Sesetengah penyakit atau medikasi juga boleh menyebabkan kita kekurangan Carnitine ini. Carnitine juga bertindak sebagai anti-Oksidan. Secara semulajadinya, ia terdapat di dalam buah Avocado, susu ibu, produk-produk tenusu, daging Merah (terutama Kambing & Lembu) serta Tempe (kacang Soya yang diperap). Kekurangan L-Carnitine boleh menyebabkan Keletihan, Kekejangan Otot atau Penurunan kadar Gula dalam darah. Selalunya para atlit yang pergi bercuti ke luar negara 'makan angin' untuk beberapa hari atau minggu setelah menang perlawanan, badan mereka akan mudah 'naik' jika mereka tidak ikut rutin rejim senaman dan latihan seperti biasa. Apa yang akan Dr. Sukan seperti Dr. Noordin Darus 'prescribe' untuk mereka ialah L-Carnitine. Ia membolehkan mereka mengurangkan kandungan lemak dalam tubuh mereka dengan kadar cepat sebelum bersedia untuk acara sukan atau perlawanan yang akan datang. Inilah uniknya Rx-Lite. Ia dihasilkan oleh profesional yang menjaga orang-orang profesional (atlit-atlit kebangsaan) Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh. Dengan mengambil Rx-Lite sebelum sarapan & makan tengah hari, ia akan memberikan anda tenaga extra serta rasa kenyang yang asli. 2 bahan utama tadi akan mula bertindak membakar lemak berlebihan dari badan anda dan anda akan rasa badan lebih ringan tanpa ada kesan sampingan yang merbahaya. Sebaliknya anda rasa bertenaga dan sihat. Namun pun begitu, Dr. Noordin menyarankan agar kita mengurangkan 'portion' pengambilan karbohidrat seperti nasi semasa mengamalkan Rx-Lite. Sebaliknya, menambahkan 'portion' lauk-pauk kita termasuk sayur & buah-buahan. Anda akan dapat rasakan perbezaannya serta berpeluang mendapat berat badan yang ideal.

4. Berapakah sukatan yang diperlukan?
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, adalah dinasihatkan anda mengambil minima 2x sehari dan maksima 3x sehari. Gantikan sarapan, makan tengah hari dan minum petang anda dengan RxLite. Jika tidak tahan lapar, minum sebotol air bersih dan menyihatkan ambil buah-buahan.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil RxLite?

RxLite tidak sesuai bagi:
1. kanak-kanak di bawah 12 tahun,
2. ibu mengandung,
3. mereka yang mempunyai sejarah sawan
4. mereka yang mempunyai masalah jantung yang kronik
5. Ibu yang menyusu tidak digalakkan mengambil RxLite walaupun kandungan L-Carnitine tidak banyak sehingga memudaratkan. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap penapisan yang berbeza-beza. Bagi kebanyakan ibu menyusu, kandungan kimia tidak akan sampai ke susunya, tetapi terdapat kes-kes di mana badan ibu gagal menapis dan mudah menyerap ke dalam susu.